Qamar Bani Hashim
On Monday the 12th of Rabiulawal 571 A.D, Mohammed ben Abdullah, Ben abdul Mutalib, Ben Naffah, Ben Kussay Ben Hachem, was born in noble family of banu Hashim of Quraish tribe. The series tells the full life of Rasullallah (PBUH), starting the day Abdul Mutalib (his grandfather) looked after him after the death of his father, ending the day our great leader of mankind passed away. It discussed in details of his sacred.
Friday, September 04, 2009 | Labels: Videos Preview | 6 Comments
Selamat Menyambut Ramadhan 1430H
Credit to AzKaz12 @ Bonda
Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....
MARHABAN YA RAMADHAN
Bulan di mana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan doa kita diijabah.
Sungguh cantik kain pelekat,
Dipakai orang pergi ke pekan,
Puasa Ramadhan semakin dekat,
Silap dan salah mohon dimaafkan.
Berharap padi dalam lesung,
Yang ada cuma rumpun jerami,
Harapan hati bertatap langsung,
Cuma terlayang nota ini.
Sebelum cahaya surga padam,
Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup,
Sebelum Ramadhan datang,
Saya mohon maaf zahir dan batin.
Taqqobalahu Minna Waminkum,
Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan.
Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan Aminn.
Seribu senyuman belum tentu menawan hati satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci membina mengambil masa meruntuh sekelip masa.
Selamat Menyambut Ramadhan
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina. Hazel menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan anda dan atas segala kesilapan yang telah berlaku di sepanjang perjalanan hidup kita selama ini.

Thursday, August 20, 2009 | Labels: Snippets | 1 Comments
Cinta Sempurna
Astro Oasis - Isnin - Khamis (3.00 PM)
Sepanjang bulan Ramadhan
Lakonan Ashraf Muslim, Quiara, Fizo, Faezah Elai, Akbar, Mahmud Ali Basha, Maria Farida dan Penampilan Khas Ustaz Akhil Hayy dan Yuna.
Untuk gambar-gambar belakang tabir dan banyak lagi, sila lawati
http://oasis-cintasempurna.blogspot.com/
Credit to Cinta Sempurna's Official Blog.
SINOPSIS
DATUK BURHAN seorang ahli korporat yang hidup begitu extreme dengan gaya dan budaya barat secara tiba-tiba mendapat kesedaran beragama sekembalinya dari mengerjakan umrah. Namun kerana kesedaran berteraskan emosi semata tanpa ilmu islam di dada, Datuk Burhan beralih dari satu extreme kepada extreme yang lain iaitu kepada extreme dalam beragama. Datuk Burhan secara tergesa-gesa telah menghantar secara paksa dua anaknya NAJIB (12th) dan SHILA (10th) ke sekolah agama berasrama tanpa berbincang terlebih dahulu dengan isterinya DATIN ZARINA yang ketika itu berada di luar negara. Semua itu di lakukan oleh Datuk Burhan atas alasan mahu menebus dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum ini.
Najib dan Shila yang sudah terbiasa dengan kehidupan serba mewah dan kesenangan hidup terpaksa akur dengan tindakan ayah mereka. Sebagai tanda protes, Najib dan Shila telah bertindak memberontak dengan pihak pentadbir sekolah agama di mana mereka belajar. Pentadbir dan guru agama yang tidak tahan dengan kenakalan mereka akhirnya meminta Datuk Burhan mengambil anak mereka semula.
Datin Zarina mengambil peluang ini untuk mempertikaikan tindakan suaminya sebelum ini yang telah bertindak menghantar anak mereka dari International School ke sekolah agama tanpa terlebih dahulu berbincang dan mendapat persetujuan anak-anak mereka. Datin Zarina yang tidak mahu suaminya terus mengongkong anak-anak mereka dengan peraturan agama yang ketat telah mengambil keputusan drastik dengan menghantar Najib dan Shila belajar di London. Kebetulan Datin Zarina mempunyai seorang adik perempuan yang telah lama menetap di United Kingdom.
Dua belas tahun kemudian Najib Dan Shila kembali untuk bercuti ke tanah air. Shila ketika ini baru sahaja selesai Chambering setelah selesai pengajian undang-undangnya di Lincoln’s Inn. Najib pula sedang belajar di tahun akhir di Edinburgh School of Arts. Sepanjang berada di rumah Najib dan Shila banyak mempertikaikan amalan agama dan amalan budaya bangsa mereka sendiri. Datuk Burhan dan Datin Zarina, kerana tidak cukup ilmu untuk berhadapan dengan hujah Shila terutamanya terpaksa memanggil beberapa orang ustaz, ustazah dan beberapa pakar motivasi untuk membetulkan pegangan dan aqidah anak mereka tapi semua usaha itu gagal.
Atas nasihat seorang pakar saikologi, Datuk Burhan dan Datin Zarina kemudiannya telah memanggil seorang ustaz muda bernama USTAZ NAZIR, iaitu seorang pensyarah Pengajian Islam di sebuah universiti, yang pernah tinggal lama di luar negara untuk memperbetulkan aqidah anak mereka yang telah menyimpang jauh.
Namun Ustaz Nazir mendapat tamparan apabila dia terpaksa berdepan dengan Shila yang cerdik dan keras pendirian itu. Namun dalam masa yang sama tanpa pengetahuan si ustaz muda itu, Shila dalam diam telah jatuh cinta padanya. IZARMAN yang merupakan anak kepada rakan perniagaan Datuk Burhan, yang selama ini meminati Shila cemburu dan tidak senang hati dengan kehadiran Ustaz Nazir dalam hidup Shila.
Apa yang tidak diketahui oleh Shila ialah ustaz Nazir sebenarnya telah mengikat tali pertunangan dengan seorang doktor, DR NAJIHAH. Ustaz Nazir dalam masa yang sama hadapi delima antara menyelamatkan aqidah Shila yang sentiasa menggodanya atau kekal setia dengan tunangnya. Najib pula dalam masa yang sama telah jatuh cinta dengan Dr Najihah. Ustaz nazir akhirnya jadi keliru dengan tugas dakwahnya. Dia mula mempertikaikan keikhlasannya sendiri apabila di mula bertanya samada dia mendekati Shila kerana telah mula jatuh cinta pada Shila atau kerana tugas dakwahnya memperbetulkan aqidah Shila. Pada masa sama kebaikan Dr Najihah untuk membetulkan jalan hidup Najib menyebabkan Najib menyangka Dr Najihah juga menaruh perasaan terhadapnya.
Tregedi berlaku bila Shila mendapat tahu Dr Najihah adalah tunang Ustaz Nazir dan Najib mengetahui Dr Najihah adalah tunang Ustaz Nazir.
Tuesday, August 18, 2009 | Labels: Videos Preview | 0 Comments
Wadi Unung
WADI UNUNG
5-Aug-2009, 6:00 PM
Genre: Drama
Language: Bahasa Malaysia
Also Available: Starts 5 Aug, Mon-Thur, 6.00 PM
Repeat: Mon-Thur, 1.00 PM
Tidak seindah musim bunga, tidak sedingin air di kali, tapi, di sini, ada ketenangan, ada jiwa yang merasai setiap perasaan yang terluah antara kedua gadis ini, Azrin dan Fathihah. Ia cuma sebuah teratak yang dibina oleh mereka berdua. Namun yang istimewanya, ia menjadi segala punca pada sebuah kehidupan. Di sini jugalah, mereka mengotakan janji untuk terus susah dan senang bersama.
Namun sampai bilakah mereka akan terus bersama kerana masa depan terus menghambat dan menuntut kepada perpisahan.
Azrin terlalu kecewa bila mendengar berita pemergian Fathihah ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Fathihah tidak ada pilihan lain selain mengikut apa yang dihajati orang tuanya. Azrin tidak bertemu Fathihah saat Fathihah berangkat ke Australia kerana perselisihan faham yang berlaku di antara mereka. Namun dalam diam, Azrin mendoakan kejayaan Fathihah.
Pemergian Fathihah telah membuatkan hari-hari Azrin dirasakan terlalu sunyi, namun dalam tempoh lima tahun kesunyian terubat bila ada saja surat, e-mail , gambar dan apa saja bentuk komunikasi yang menghubungkan mereka berdua diterima oleh Azrin. Dan sesekali kepulangan Fathihah tentunya dinanti dengan penuh debaran. Dia terlalu merindui sahabatnya.
Pada suatu ketika Fathihah menyatakan bahawa dia akan bernikah dengan Karl Vincent, pemuda bukan Islam yang dicintainya. Keputusan Fathihah ini ditentang keras oleh kedua ibubapanya. Mereka mahu Fathihah mencari pasangan hidup dari latar belakang agama dan budaya yang sama.
Arahan Raja Ahmad Alauddin terbitan Sedania Media. Lakonan Eja, Intan Azura dan Faizal Yusof.
Friday, August 14, 2009 | Labels: Videos Preview | 0 Comments
Mimpi dan Hirisan Roti
Tiga orang musafir menjadi sahabat dalam suatu perjalanan yang jauh dan memenatkan; mereka bergembira dan berduka bersama, mengumpulkan kekuatan dan tenaga bersama. Setelah berhari-hari lamanya mereka menyedari bahawa yang mereka miliki tinggal sepotong roti dan seteguk air di kendi. Mereka pun bertengkar tentang siapa yang berhak memakan dan meminum bekal tersebut. Kerana tidak berhasil mencapai persesuaian pendapat, akhirnya mereka memutuskan untuk membahagikan saja makanan dan minuman itu menjadi tiga. Namun, tetap saja mereka tidak sepakat.
Malam pun turun; salah seorang mengusulkan agar tidur saja. Kalau esok mereka bangun, orang yang telah mendapatkan mimpi yang paling menakjubkan akan menentukan apa yang harus dilakukan.
Pagi berikutnya, ketiga-tiga musafir itu bangun ketika matahari terbit.
"Inilah mimpiku," kata yang pertama. "Aku berada di tempat -tempat yang tidak bisa digambarkan, begitu indah dan tenang. Aku berjumpa dengan seorang bijaksana yang mengatakan kepadaku, 'Kau berhak makan makanan itu, sebab kehidupan masa lampau dan masa depanmu berharga, dan pantas mendapat pujian."
"Aneh sekali," kata musafir kedua. "Sebab dalam mimpiku, aku jelas-jelas melihat segala masa lampau dan masa depanku. Dalam masa depanku, kulihat seorang lelaki maha tahu, berkata, 'Kau berhak akan makanan itu lebih dari kawan -kawanmu, sebab kau lebih berpengetahuan dan lebih sabar. Kau harus cukup makan, sebab kau ditakdirkan untuk menjadi penuntun manusia."
Musafir ketiga berkata, "Dalam mimpiku aku tak melihat apapun, tak berkata apapun. Aku merasakan suatu kekuatan yang memaksaku bangun, mencari roti dan air itu, lalu memakannya di situ juga. Nah, itulah yang ku kerjakan semalam."
- Moral of the story: Orang bijak pantas berbuat sesuatu meninggalkan orang yang hanya pandai menggunakan putar belit mengelirukan orang lain.
Friday, August 14, 2009 | Labels: Readings | 0 Comments
| Powered by IP-Details.com |
About Me
- HAZEL
- Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
- MALAYSIAN TELEMOVIES AND DRAMAS VIDEO COLLECTORS



